fbpx
Penyokong BN bersorak gembira apabila diumumkan setiap DUN memenangi undian sempena PRN Johor ke 16 di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

[TIDAK RASMI] BN menang selesa 49 kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) selesa mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 apabila berjaya memenangi 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memenangi tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) gagal memenangi sebarang kerusi.

Turut gagal meraih sebarang kemenangan ialah parti Bersama, Muda, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta calon Bebas, menjadikan saingan kali ini dikuasai sepenuhnya oleh BN dan PH.

Kemenangan itu menyaksikan BN bukan sahaja bakal mempertahankan kerajaan negeri yang dibentuk selepas PRN 2022, malah meningkatkan penguasaan daripada 40 kerusi kepada 49 kerusi, sekali gus memberi mandat lebih besar kepada gabungan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN