fbpx
ANTARA motosikal yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 246.4 LPT1 di Kuantan hari ini.

[KEMASKINI] Nahas maut RXZ: Lebih 30 motosikal terlibat, 20 cedera di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Lebih 30 motosikal dipercayai jenis Yamaha RXZ terlibat dalam kejadian kemalangan maut yang mengorbankan empat penunggang motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian itu seramai empat orang maut manakala 20 orang mengalami kecederaan.

“Mangsa yang maut dibawa ke unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

“Seramai 18 orang yang cedera dirawat di HTAA manakala dua lagi yang cedera dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),”katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! Online melaporkan empat penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1).

Mangsa yang maut ialah Che Mohd Sufian Bin Che Ghani,40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan,33; Muhammad Safawi Md Noh, 24 dan Mohd Aizat Husni,33.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi berlaku ketika kesemua mangsa bersama sekumpulan penunggang motosikal lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu. – KOSMO! OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN