fbpx
Keadaan salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ di Juantan, awal pagi tadi.

Empat penunggang Yamaha RXZ maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Empat penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah Che Mohd Sufian Bin Che Ghani,40; Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan,33; Muhammad Safawi Md Noh, 24 dan Mohd Aizat Husni,33.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi berlaku ketika kesemua mangsa bersama sekumpulan penunggang motosikal lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu.

“Apabila tiba di tempat kejadian semasa bergerak lurus di lorong kanan secara tiba-tiba seorang penunggang motosikal terlanggar belakang sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Penunggang motosikal berkenaan terjatuh di lorong kanan menyebabkan tiga penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ tidak sempat mengelak lalu terlanggar sesama sendiri di atas jalan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya akibat kejadian tiga penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN