fbpx
Ching Mun (kanan) dan Kohlson memperkenalkan tilam Akemi yang dikuasakan dengan AI pad amajlis pelancarannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tilam AI Akemi pulihkan badan ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tilam kecerdasan buatan (AI) ciptaan Akemi bukan sahaja membuatkan pengalaman tidur lebih bersifat peribadi, malah meningkatkan keselesaan, mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan menyokong proses pemulihan badan.

Tilam Akemi Sleep Sync AI Mattress yang pertama kali seumpamanya dicipta itu menjadi evolusi baharu apabila ia mampu memahami, menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap keperluan pengguna secara masa nyata.

Ia dicipta bersama Smart AL Chip yang mampu mengesan titik tekanan badan, pergerakan dan corak pernafasan pengguna sebelum melaras tahap sokongan secara automatik mengikut perubahan posisi tidur sepanjang malam.

Ketua Pegawai Komersial Akemi, Koay Ching Mun berkata, Sleep Sync melaras sokongan secara aktif berdasarkan berat badan, posisi dan pergerakan pengguna berbanding tilam konvensional yang menawarkan sokongan statik.

“Kami bukan sekadar memperkenalkan tilam, tetapi satu penyelesaian tidur yang mampu memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan setiap individu secara masa nyata.

“Kami yakin inovasi ini akan mengubah cara masyarakat melihat tidur sebagai pelaburan penting untuk kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik,” katanya pada majlis pelancarannya di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengurus Besar Akemi, Kohlson Ong serta penyelidik dari Universiti Malaya Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir. Dr. Mohd Faizul Mohd Sabri serta Pensyarah Kanan dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Dr. Chan Chow Khuen. 

Sementara itu, Kohlson berkata, pembangunan Sleep Sync adalah hasil penyelidikan yang memfokuskan kepada keperluan pengguna moden yang mahukan pengalaman tidur lebih pintar, responsif dan diperibadikan.

“Tilam AI itu mampu melaras sokongan secara aktif berdasarkan pergerakan dan posisi pengguna dalam masa nyata. 

“Ini menjadikan pengalaman tidur lebih stabil, selesa dan diperibadikan,” jelasnya.

Selain fungsi Auto Mode, Sleep Aid dan Anti-Snore, tilam pintar itu turut dilengkapi Mod Reading, Zero Gravity, Head Up, Relax Legs dan Wake Up Alarm. 

Pengguna juga boleh memantau corak rehat harian menerusi ciri Sleep Score, selain menikmati kemudahan tambahan seperti lampu sensor bawah katil, pengecas tanpa wayar dan sarung divan yang boleh dicuci.

Sleep Sync turut mendapat pengiktirafan dan menerima Platinum Award bagi kategori Best Mattress & Bedding Innovation serta Honourable Mention dalam kategori Best AI Technology pada Atap Design Award. 

Orang ramai boleh mencuba tilam tersebut di beberapa lokasi terpilih termasuk di Sunway Pyramid, Seapark Petaling Jaya, IOI City Mall, Suria Sabah, Akemi Home The Spring dan ED Shop Ipoh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN