fbpx
Empangan Sungai Tinggi, Hulu Selangor.

El Nino: Kapasiti tujuh empangan Selangor baik, bertahan enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kapasiti tujuh empangan di Selangor melebihi 75 peratus dengan jangka hayatnya dianggarkan antara tiga hingga enam bulan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum negara kini memasuki kemuncak Monsun Barat Daya (MBD) yang dijangka berlarutan hingga September depan.

Menurutnya, kadar taburan hujan di Selangor kini lebih rendah berikutan keadaan angin membawa udara lebih kering sekali gus menyebabkan peningkatan bilangan hari tanpa hujan.

“Melihat potensi tekanan kepada sumber air negeri, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan agensi berkaitan menggerakkan pelbagai langkah kesiapsiagaan sepanjang tempoh cuaca kering ini.

“Sehingga 7 Julai lalu, kapasiti tujuh empangan di Selangor adalah baik dan paras air dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan menerusi kawalan pelepasannya,” katanya petang ini.

Beliau berkata, lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) dikenal pasti mengikut lembangan sungai untuk dinaik taraf bagi infrastruktur bekalan air.

Tambahnya, pelaksanaan SORSS membolehkan penggunaan sumber air alternatif dioptimumkan dengan keupayaan bekalan sehingga tiga bulan melalui pengepaman air kolam ke sungai menggunakan pam mudah alih.

“Kesediaan sumber air negeri keseluruhannya dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi El Nino dan Monsun Barat Daya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN