SEATTLE – Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (RBFA) kecewa dengan keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menangguhkan penggantungan kad merah penyerang Amerika Syarikat (AS), Folarin Balogun menjelang pertemuan pusinan 16 terbaik, awal pagi esok.
RBFA dalam satu kenyataan berkata, keputusan FIFA sebagai mengejutkan dan tidak dijangka sekali gus menjejaskan persiapan pasukan.
“RBFA terkejut dengan keputusan FIFA untuk mengisytiharkan pemain AS, Folarin Balogun, layak beraksi dalam perlawanan AS-Belgium.
“Pihak persatuan sedang meneliti semua pilihan yang ada berhubung keputusan itu,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, Balogun sepatutnya terlepas aksi penting itu selepas dilayangkan kad merah ketika The Yanks menang 2-0 ke atas Bosnia-Herzegovina pada pusingan 32 terbaik.
Bagaimanapun, FIFA memutuskan untuk menangguhkan penggantungan berkenaan sehingga mencetuskan spekulasi terdapat campur tangan Presiden AS, Donald Trump yang menghubungi Presiden FIFA, Gianni Infantino secara peribadi. – AGENSI














