fbpx
AKMAL SALEH (kanan) ketika hadir di program sembang santai DUN Pulai Sebatang, Pontian, malam tadi. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI

PRN JOHOR: Pengundi perlu tolak pihak tidak hormati Bangsa Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Pengundi Johor disaran menolak pihak yang dilihat tidak menghormati semangat dan perasaan Bangsa Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kali ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor juga perlu dijadikan isyarat supaya mana-mana pihak tidak mengambil mudah sentimen rakyat negeri ini.

Menurut beliau, pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini memerlukan penyatuan seluruh Bangsa Johor.

Katanya, keputusan Onn Hafiz untuk tidak membuka laluan kepada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama menghadapi PRN Johor turut menyebabkan pelbagai persepsi negatif timbul terhadap pemimpin itu.

“Beliau dituduh sombong, bongkak dan pelbagai lagi gelaran termasuk menganggap pemimpin Johor sebagai ‘budak-budak Johor’.

“Namun hakikatnya Menteri Besar Johor berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negeri sehingga mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak lapan peratus,” katanya ketika berucap pada program santai bersama anak muda di Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN