PETALING JAYA – v
Pempengaruh kandungan jenayah, Abang Crime menerusi hantaran di laman Threads memaklumkan episod terbaharu podcast Borak Balai itu akan menampilkan seorang anggota SAR sebagai tetamu khas bagi mengupas operasi mencari Jaslinda dari sudut pandang pasukan penyelamat.
“Siapa nak dengar dari sudut anggota penyelamatan SAR Jaslinda? Jangan lupa tonton Podcast Borak Balai yang akan bersiaran pada pukul 9 malam ini,” ujarnya.
Terdahulu, Jaslinda tampil berkongsi pengalamannya semasa tersesat di hutan ketika melakukan pendakian menerusi audio siar Sembang Ohh Yeahh yang disiarkan pada 26 Jun lalu dan telah mengundang perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE














