fbpx
Suasana selesa dalam tren LRT3 yang mula beroperasi sejak Isnin lalu. – Saddam Yusoff

Pengguna LRT3 mohon koc wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Orang ramai yang teruja mencuba Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 Shah Alam yang mula beroperasi pada Isnin lalu turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan bagi menjadikan perkhidmatan itu lebih selamat, selesa dan mesra pengguna.

Seorang penumpang, Samantha Fong, 26, berharap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mempertimbangkan penyediaan koc wanita bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan penumpang kaum hawa.

“Jika ada koc wanita, penum­pang lelaki tidak akan masuk ke koc itu, sekali gus kami akan berasa lebih selamat.

“Selain itu, penumpang wa­nita juga tidak perlu berebut ruang dengan penumpang lelaki, terutama ketika waktu puncak,” katanya ketika ditemui ketika menggunakan perkhidmatan LRT3 semalam.

Pandangan itu turut dikongsi Reynchie Lee, 26, yang berharap kemudahan sama diperkenalkan seperti yang tersedia di Transit Aliran Massa (MRT).

Katanya, koc wanita sentiasa menjadi pilihannya setiap kali menggunakan pengangkutan awam, namun akur menaiki mana-mana koc sekiranya kemudahan itu belum disediakan.

“Apapun, saya beri pujian kepada Prasarana kerana tren ini sangat selesa dan penyaman udaranya benar-benar sejuk.

“Tempoh menunggu tren pun tidak begitu lama. Saya pasti akan terus menggunakan LRT3 walaupun selepas promosi tambang percuma berakhir,” katanya yang berasal dari Puchong.

Sementara itu, seorang orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Razlan Ibrahim, 40, berharap kemudahan di stesen terus diper­tingkatkan dengan pemasangan papan tanda Braille di setiap lokasi strategik.

“Papan tanda itu penting bagi membantu golongan OKU penglihatan mengenal pasti arah ke tandas, surau, lif serta kemudahan lain tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang ramai.

“Ramai OKU menggunakan tren sebagai pengangkutan ha­rian. Jadi, kemudahan seperti papan tanda Braille akan memberi lebih kebebasan dan keyakinan kepada kami untuk bergerak sendiri,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN