fbpx
Sebuah Range Rover terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Langat, awal pagi tadi. - Foto oleh MEDIA SOSIAL

Elak haiwan melintas, Range Rover ‘masuk’ Sungai Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Dua individu berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki terbabas ke dalam Sungai Langat berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.24 tengah hari.

Menurut beliau, kemalangan berlaku pada pukul 3.30 pagi ketika pemandu SUV seorang lelaki tempatan bersama penumpang dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Johor.

“Semasa melalui lokasi itu, pemandu SUV cuba mengelak haiwan melintas jalan menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Langat.

“Pemandu dan penumpang berjaya keluar dari kenderaan melalui pintu kiri dan bumbung suria (sunroof) tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan pada SUV terbabit, namun tidak melibatkan kerosakan ke atas harta benda lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Ismail di talian 011-33210917.

Terdahulu, seorang pengguna Thread berkongsi hantaran memaparkan sebuah SUV jenis Range Rover berada di dalam Sungai Langat dalam keadaan ‘sunroof’ terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN