fbpx
Penumpang bakal menikmati pelbagai kelainan di dalam kabin yang ditawarkan pesawat Scoot bertema Spider-Man: Brand New Day.

Penerbangan sulung pesawat bertema Scoot ke Haneda tawar kelainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Pesawat bertema sulung Spider-Man: Brand New Day jenis Boeing 787 Dreamliner milik Scoot yang dijadual terbang ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini bakal menawarkan pelbagai kelainan kepada pelanggan.

Menurut Scoot yang merupakan anak syarikat tambang murah Singapore Airlines, penumpang berpeluang menikmati pengalaman perjalanan imersif menyeluruh yang menampilkan alunan muzik filem Sony Pictures Spider Man: Brand New Day.

Katanya, penumpang juga akan menerima mesej sambutan khas daripada Spider-Man semasa menaiki pesawat.

“Kru kabin Scoot atau lebih mesra dikenali sebagai Scootees turut akan mengendalikan pelbagai aktiviti bertema dalam penerbangan bersama-sama penumpang ketika dalam perjalanan ke destinasi mereka.

“Para penumpang juga akan menerima barangan eksklusif edisi khas termasuk tag bagasi atau beg eko boleh dilipat bagi setiap pembelian di dalam pesawat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengalaman Spider-Man: Brand New Day bersama Scoot bermula sebaik sahaja para penumpang menempah penerbangan bertema mereka yang ditanda khas di laman web, aplikasi mudah alih atau Program WeChat Mini Scoot.

Penerbangan bertema itu akan dikendalikan menggunakan pesawat Airbus A321neo dan Boeing 787 Dreamliner yang dijadualkan ke bandar-bandar terpilih di Australia, China, Jepun, Filipina dan Thailand sehingga 13 September depan.

Kata kenyataan itu, penumpang yang berlepas dari Singapura akan disambut dengan dekorasi Spider-Man di kaunter daftar masuk Scoot di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Daripada kaunter daftar masuk bertema sehingga pelekat hiasan di dalam lif, para penumpang dijanjikan dengan peluang bergambar istimewa bermula daripada saat mereka mendaftar masuk untuk penerbangan mereka.

“Selain itu, sebuah ruang foto interaktif AR (Augmented Reality) akan turut tersedia di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi Singapura, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk mengabadikan kenangan manis bersama-sama dengan adiwira itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN