PETALING JAYA – Seekor buaya yang mencetuskan kebimbangan penduduk selepas dilaporkan berkeliaran di perairan Kampung Pasir, Tampoi di Johor Bahru sejak beberapa minggu lalu akhirnya berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), awal pagi tadi.
Reptilia berkenaan dilihat memasuki perangkap khas yang dipasang pihak berkuasa sebelum pintu sangkar tersebut ditutup bagi menangkap buaya itu.
Kejayaan tersebut disambut dengan sorakan serta tepukan oleh penduduk kampung yang berasa lega.
“Penantian yang beberapa hari, akhirnya…,” kata pengguna TikTok @DheaTaurus.
“Alhamdulillah, dia (buaya) nak sunyi-sunyi, semalam masa tonton live (siaran langsung) ramai ramai sangat orang takut dia (buaya) nak masuk (sangkar perangkap),” kata pengguna, Nurul Amira Mustafa.
“Betul-betul sunyi ye masa tunggu buaya masuk perangkap. Aku ingat tak ramai, rupanya penuh bersorak,” kata pengguna, Asyrik. – KOSMO! ONLINE
Kehadiran buaya itu sebelum ini turut menjadi perhatian ramai selepas beberapa rakaman video memaparkan kelibat reptilia tersebut di kawasan perairan Kampung Pasir, Tampoi tular di media sosial.
@chewyfd Crocodile has been caught in Tampoi area #buaya🐊 #kgpasirtampoi ♬ original sound – Suvitra 💃🤍














