fbpx
Seekor ular sawa yang ditangkap selepas membaham seekor kambing di Kampung Batu Papan, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Ular sawa 100 kg kenyang baham seekor kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang penternak cemas selepas terserempak seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram (kg) yang kekenyangan selepas membaham seekor kambing ternakannya di dalam kandang di Kampung Batu Papan di sini hari ini.

Reptilia sepanjang kira-kira 4.5 meter itu ditemukan di dalam kandang kambing semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang menangkap ular tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.33 pagi sebelum sebuah jentera bersama empat anggota bergegas ke kandang kambing itu.

Katanya, anggota bomba mendapati seekor ular sawa batik berada di dalam kandang dan dipercayai baru sahaja membaham seekor kambing.

“Operasi menangkap reptilia itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 10 minit.

“Ular sawa batik itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN