fbpx
Gambar hiasan.

‘Monday Blues’ penduduk utara berteman hujan pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan utara Semenanjung memulakan minggu baharu dengan cuaca mendung apabila diramalkan berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 11 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Perlis.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” lapor MetMalaysia.

Selain itu, MetMalaysia menambah, seluruh negeri Pulau Pinang turut berada dalam kawasan amaran, manakala di Perak ia membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

Kata agensi itu, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN