SEATTLE – Kapten Iran, Mehdi Taremi kini ‘meletup’ dan mempersoalkan layanan yang diterima pasukannya sepanjang Piala Dunia kali ini.
Kritikan yang dilontarkan Taremi itu dibuat selepas Iran seri 1-1 dengan Mesir dan kini terpaksa menanti penuh debar, sama ada mampu layak ke pusingan 32 atau pun tidak.
Taremi menjelaskan situasi yang terpaksa dihadapi pasukan adalah tidak adil dimana Iran terpaksa ‘berkampung’ di Mexico sedangkan perlawanan dilangsungkan di Amerika Syarikat.
“FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) perlu selesaikan setiap masalah namun malangnya tidak berlaku sejak daripada awal,” katanya yang melabel keadaan ini sebagai bencana logistik.
Terdahulu, The Pharaohs hanya memerlukan lima minit untuk membuka jaringan menerusi Mhmoud Saber namun kelebihan itu hanya bertahan sembilan minit apabila Ramin Rezaeian kembali menyamakan kedudukan.
Taremi juga menjelaskan kenyataan ini tidak bermakna Iran kurang selesa dengan layanan di Mexico sebaliknya apa yang berlaku adalah tidak bagus buat arena bola sepak profesional.
“Kenapa kami perlu sentiasa ke Tijuana? Kami sukakan Mexico, Tijuana dan rakyat mereka juga cukup merendah diri. Kami sayangkan mereka, namun dalam pertandingan profesional, keadaan ini tidak betul.
“Siapa yang ahu tolong kami? Jika mereka mahu kami tersingkir, ok biarkan ia berlaku tetapi semua ini tidak adil,” katanya. -AGENSI














