fbpx
Syed Saddiq dan Bella Astillah.

Solat hajat, doa selamat Syed Saddiq bertukar lokasi ke PJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Solat hajat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bakal diadakan esok ditukar ke lokasi baharu berikutan beberapa isu teknikal membabitkan kemudahan dan kapasiti tempat.

Penganjur, TeamSaddiq menerusi satu hebahan media memaklumkan, keputusan mengubah majlis terbabit dari lokasi asal di sebuah masjid di Kelana Jaya ke Dewan Sri Penang Madrasatul Zubaidah Petaling Jaya adalah bagi keselesaan orang ramai.

“Atas sebab teknikal melibatkan isu kemudahan dan saiz dewan, majlis doa selamat akan berpindah ke lokasi baharu yang juga berada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya,” tulis kenyataan di platform Threads.

Pada hantaran sama, penganjur berharap orang ramai maklum dengan pertukaran lokasi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada hari majlis.

Terdahulu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjemput orang ramai menunaikan solat hajat, esok bagi mendoakan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan tunangnya itu pada 30 Jun depan berjalan lancar.

Begitupun, pihak pengurusan masjid memaklumkan tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat itu.

Kosmo! Online melaporkan pengurusan masjid berkenaan berpegang dengan prinsip bahawa institusi berkenaan bebas daripada sebarang agenda politik.

Malah, katanya pihak berkenaan juga sudah memaklumkan kepada pengurusan Bella Astilla mengenai ketidaklulusan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN