Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia memandang serius perkembangan penggunaan vape yang semakin berleluasa di negara ini khususnya melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak. Apa yang lebih membimbangkan adalah evolusi pantas produk vape yang menjadikannya semakin sukar dipantau, dikawal serta dirawat apabila berlaku keracunan dan penyalahgunaan. Malaysia mengambil masa hampir sedekad untuk mewartakan undang-undang khusus mengawal vape melalui Akta Kawalan Produk Merokok 2024 selepas produk ini mula memasuki pasaran komersial tempatan. Namun dalam tempoh tersebut, industri…














