fbpx
Keadaan banjir akibat ban pecah di Taman Langat Utama 2, RTB Bukit Changgang, Banting.

Ban pecah, 32 rumah dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Sebanyak 32 rumah di Taman Langat Utama 2, RTB Bukit Changgang, Banting terjejas akibat banjir selepas kejadian ban pecah kira-kira 800 meter dari kawasan perumahan tersebut malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 malam dengan kebanyakan penghuni telah keluar dari lokaliti tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.12 pagi.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba di lokasi pada pukul 4.35 pagi bagi menjalankan pemantauan dan operasi bantuan.

“Setakat ini, sebanyak 32 rumah terjejas dengan banjir melanda kawasan berkenaan dianggarkan berkedalaman 0.3 hingga 0.9 meter.

“Pihak bomba turut menasihatkan penduduk yang masih berada di kawasan terlibat supaya segera berpindah ke lokasi lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN