Di sebuah sekolah yang terletak di utara tanah air, sekumpulan pelajar menanam benih dengan harapan yang lebih besar daripada sekadar melihat pokok membesar. Bagi mereka, setiap usaha yang dicurahkan bukan sahaja tentang hasil tuaian, tetapi juga mengenai pembelajaran, kesihatan dan masa depan yang lebih mampan. Usaha itulah yang akhirnya membawa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, Perlis muncul sebagai juara kategori sekolah menengah dalam sebuah program kesihatan sekolah, AIA Healthiest Schools tahun ini dan membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM42,000).……














