fbpx
RAMANAN (empat dari kiri) melakukan gimik penyerahan cek cura Bantuan Perabot Madani dan Kalvi Madani Tahun 2026 di SJKT Jalan Yahya Awal, Johor Bahru hari ini.

PRN Johor: Ramanan terkejut kewujudan Parti Bersama, bukan ancaman PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak menganggap Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebagai ancaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 apabila pemimpinnya sendiri mengakui baru mengetahui kewujudan parti tersebut.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kewujudan parti itu walaupun Bersama mengesahkan akan bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

“Bersama? Apa itu? Saya baru tahu ada parti baharu,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Inisiatif Perabot Madani dan Program Kalvi Madani di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal di sini hari ini.

Mengulas mengenai senarai calon PH yang diumumkan baru-baru ini, Ramanan berkata, pembahagian calon termasuk empat wakil masyarakat India yang dipertaruhkan gabungan itu dibuat secara adil mengikut komposisi kaum di Johor.

“Kita ada empat calon India yang akan bertanding di bawah logo PH pada PRN Johor kali ini.

“Saya rasa ini merupakan pembahagian yang adil. Takkan kita hendak minta 20 kerusi pula, itu tidak masuk akal,” katanya.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 56 calon gabungan itu yang terdiri daripada penyandang dan muka baharu daripada PKR, DAP serta Amanah.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN