KLANG – Sebahagian warga asing sanggup berkahwin dengan wanita tempatan biarpun lebih berusia sebagai strategi mudah untuk mendapatkan lesen perniagaan sebelum mengembangkan empayar bisnes mereka di negara ini. Modus operandi itu menjadi cabaran kepada pihak berkuasa apabila warga asing terbabit berselindung di sebalik nama dan lesen perniagaan milik isteri tempatan mereka, menyebabkan tindakan pengesanan serta penguatkuasaan sukar dilaksanakan. Wanita yang telah berusia pula dipercayai mudah terpikat kerana faktor kesunyian, keinginan mendapatkan teman hidup dan sikap penyayang warga asing yang berjaya……














