fbpx
Pemandu e-hailing, Afiqhazwan dipuji selepas enggan menerima bayaran tambang daripada seorang penuntut universiti.

‘Semoga Encik Afiqhazwan sentiasa murah rezeki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing dipuji orang ramai selepas dia bermurah hati enggan menerima bayaran tambang daripada seorang pelajar universiti, selepas menghantarnya ke destinasi.

Menerusi hantaran pengguna Thread Belll.leeeee, penuntut wanita itu menceritakan dia mahu membayar tambang kepada pemandu e-hailing tersebut menerusi kod QR, namun lelaki dikenali sebagai Afiqhazwan A. Aziz itu tidak mahu menerimanya.

“Pagi tadi saya naik Grab pergi kelas. Dah sampai kat fakulti, saya minta QR nak buat bayaran. Lepas tu pak cik Grab cakap tak payah bayar walaupun saya nak bayar. Dia cakap ‘tak pe dik belajar elok-elok, adik tolong doakan pak cik murah rezeki ya’.

“Terus nak nangis sebab teringat ayah kat kampung. terima kasih pak cik, saya doa pak cik murah rezeki, dipermudah segala urusan dan semoga pak cik sihat selalu,” katanya pada hantaran berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread yang memuji lelaki tersebut selain ada juga penghantar makanan memberi respons bahawa, dia sering berbuat demikian sekiranya menghantar tempahan kepada pelajar.

“Semoga pak cik dimewahkn rezeki dan dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik selalu,” kata Amalinamalindo.

“Alhamdulillah, rezeki adik. Semoga Encik Afiqhazwan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan,” kata Nazianasa.

“Saya rider makanan biasa dapat Job Tunai (hantar makanan bayaran tunai) di UKM. Kalau pelajar tu tempah nasi biasa iaitu nasi goreng ‘basic’, nasi bujang, kebiasaannya saya tak ambil duit. Anggap bantuan hidup sebab saya pun ada dua anak menuntut di IPT. Faham keperitan hidup pelajar IPT,” komen Adilandas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN