fbpx
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Lebuh Raya Tun Razak di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Chini di Pekan hari ini.

Dua maut, nahas tiga kenderaan di Lebuh Raya Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Dua maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Lebuh Raya Tun Razak berhadapan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Chini di sini, hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu adalah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dan pemandu kereta jenis Honda Civic.

Difahamkan dalam kejadian itu Honda Civic dan Toyota Alphard dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Muadzam Shah manakala kenderaan Isuzu D-Max dari arah bertentangan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.55 petang mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Honda Civic, Toyota Alphard dan trak pikap jenis Isuzu D-Max.

“Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan dengan menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Pemandu Honda Civic dan pemandu Toyota Alphard dilaporkan meninggal dunia manakala pemandu Isuzu D-Max mengalami kecederaan ringan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya  operasi tamat pada pukul 7.58 malam dan mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN