fbpx
Karakter dijayakan Rosyam Nor (kiri) antara yang disorot netizen dalam drama Jiwa Seorang Pentaksub.

‘Jiwa Seorang Pentaksub’ bikin penonton geli-geleman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MULA ditayangkan pada 1 Jun lalu menerusi slot Samarinda TV3, drama Jiwa Seorang Pentaksub menjadi bualan hangat netizen ketika ini.

Arahan Nur Ain Sharif, drama tersebut mula menjadi sebutan susulan watak Firzan yang juga seorang ahli politik lakonan Datuk Rosyam Nor membuatkan ramai geli-geleman!

Kaki perempuan dan mimik muka yang membuatkan ramai naik menyampah. Namun, itu impak lakonan hebat Rosyam di samping Rita Rudaini, Sophia Albarakbah dan Shah Jaszle.

“Sudah benci watak Rosyam dalam Keluarga Itu, sekarang makin geram dan menyampah pula dengan Firzan.

“Power Rosyam boleh buat orang geli dengan dia sekarang ini, tiada pelakon lain yang boleh berlakon sepertinya,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN