fbpx
Fadhlina (dua dari kanan) pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2025 di Dewan Besar, Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

18 pelajar terbaik STPM 2025 terima tajaan lanjut pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAYANG – Seramai 18 pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 bakal menerima tajaan yuran pengajian untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Muda daripada universiti awam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif tersebut merupakan kali pertama dilaksanakan melibatkan kohort STPM 2025 dengan setiap universiti awam menawarkan biasiswa yuran pengajian kepada pelajar terbaik peperiksaan itu.

Menurutnya, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa laluan pendidikan Tingkatan Enam serta memastikan pelajar cemerlang terus mendapat sokongan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Bermula dengan kohort STPM 2025, setiap Universiti Awam akan menawarkan biasiswa pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar terbaik STPM 2025. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua universiti awam atas ikhtiar ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2025 di sini hari ini.

Pada majlis sama, seramai 57 penerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM termasuk ujian Malaysian University English Test (MUET) dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu Bagi Warga Asing (SKBMW) diraikan atas pencapaian cemerlang masing-masing.

Sementara itu, Fadhlina berkata, STPM terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diterima oleh lebih 2,000 universiti di seluruh dunia selain pengiktirafan daripada Cambridge University Press and Assessment, United Kingdom yang turut dicatatkan pada sijil berkenaan.

“Pencapaian STPM 2025 turut menunjukkan peningkatan apabila Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.88 berbanding 2.85 pada tahun sebelumnya.

“Kejayaan ini membuktikan kesungguhan pelajar, guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dalam memastikan kecemerlangan pendidikan negara terus dipertingkatkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN