fbpx
Peter Cklamovski telah membimbing skuad Harimau Malaya sejak Januari tahun lalu. - Foto ihsan Malaysia NT

Jodoh Cklamovski, Rob Friend dengan Harimau Malaya berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan rombakan besar dalam struktur pasukan kebangsaan apabila kontrak ketua pegawai eksekutif pasukan kebangsaan, Rob Friend dan ketua jurulatih, Peter Cklamovski ditamatkan menerusi persetujuan bersama.

Menurut kenyataan FAM, penamatan kontrak Friend berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu manakala keputusan melibatkan Cklamovski dibuat secara rasmi pada 16 Jun lepas.

Turut meninggalkan pasukan kebangsaan ialah Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain, serta jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin, yang kontrak mereka berakhir menerusi persetujuan bersama mulai 15 Jun.

FAM dalam kenyataan sama memaklumkan pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh semua individu terbabit dan merakamkan penghargaan atas komitmen serta sumbangan mereka sepanjang berkhidmat bersama pasukan kebangsaan.

Rob Friend.

“FAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama pasukan kebangsaan,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai langkah memastikan kesinambungan perancangan Harimau Malaya tidak terjejas, badan induk bola sepak negara itu menjelaskan bahawa proses pengisian jawatan-jawatan yang dikosongkan sedang dilaksanakan.

Badan induk bola sepak negara it turut memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung struktur kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan akan diumumkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN