fbpx
Hisyam Hamid kini dibenci disebabkan keberkesanan karakter lelaki curang dalam drama Ikatan Terlarang.

‘Dah ada isteri, jangan mengada jatuh cinta dengan wanita lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak sesekali berlaku curang, pelakon Hisyam Hamid menyifatkan perbuatan menduakan pasangan sebagai tindakan tidak boleh diterima dalam sesebuah rumah tangga.

Hisyam, 40, berkata, individu yang sudah berkahwin tidak sepatutnya membuka ruang hati kepada orang lain, apatah lagi cuba menghalalkan perbuatan curang atas alasan jatuh cinta.

“Tiada istilah jatuh cinta lagi. Dalam hal ini apabila sudah ada isteri, jangan mengada-ngada nak jatuh cinta dengan orang lain.

“Nombor satu punya kesalahan yang tidak boleh dibuat dan tidak boleh berlaku apabila seseorang itu ada isteri, the biggest no-no ever (sangat terlarang),” katanya.

Malah, aktor asal Singapura turut menegaskan dia tidak akan mengkhianati pasangan andai sudah berada dalam sesebuah hubungan.

“Saya secara peribadi pun apabila berada dalam sesuatu perhubungan, tidak akan berbuat sebegitu (curang).

“Ya, kita mungkin ada kesilapan dan kesalahan, tetapi perkara yang tidak boleh dimaafkan adalah tidak setia,” ujarnya.

Hisyam berkata demikian mengulas bagi wataknya dalam drama 28 episod, Ikatan Terlarang yang menduakan isterinya, Azura (Erysha Emira) dengan kakak ipar merangkap rakan baik sendiri, Anabella (Mawar Rashid).

Susulan impak karakter Lukman, tidak hairan dia kini dibenci penonton kerana peranan digalas menonjolkan sikap mata keranjang lelaki berstatus suami

Sementara itu, Erysha pula mendedahkan sukar melupakan pengalaman menampar Lukman selepas mengesyaki suaminya berlaku curang.

“Sebenarnya tangan saya lebam selepas lakukan babak tampar banyak kali untuk mendapatkan beberapa syot berlainan.

“Tetapi saya cuba lakukan yang terbaik dengan meletakkan diri sebagai Azura. Isteri dikhianati dan dicurangi insan paling dipercayai dalam hidupnya,” katanya.

Selain Hisyam, Erysha dan Mawar, naskhah itu turut dibintangi Adrianna Adnan, Raja Azura, Arash Mohamad, Alif Hadi, Didie Alias, Syazwan Razak, Puteri Rayyqa, Zarina Zainuddin, Yaya Maembong, Jay Iskandar dan Esma Danial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN