KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi untuk berdepan pertuduhan rasuah.
Tertuduh yang berusia 42 tahun tiba pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun yang disyaki terlibat dalam kes rasuah RM1 juta akan dituduh di mahkamah.
Individu itu bakal berdepan tujuh pertuduhan iaitu satu tuduhan meminta suapan dan enam tuduhan menerima suapan di bawah Seksyen 16 a(B) Akta SPRM 2009 dengan nilai keseluruhan RM450,000 menerusi enam transaksi. – KOSMO! ONLINE














