SHAH ALAM – Seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengakui masih belum dapat melupakan keputusan mengeluarkan wang ketika pandemik Covid-19, walaupun wang itu digunakan bagi tujuan kecemasan. Asril Aswandi Shukor, 47, berkata, pengeluaran tersebut dibuat ketika berdepan pelbagai tekanan hidup termasuk pandemik Covid-19 dan bencana banjir besar yang melanda kawasan Padang Jawa di sini. Menurutnya, wang yang dikeluarkan itu digunakan untuk membaiki dua buah kereta iaitu Honda City dan Proton Satria serta sebuah motosikal Honda Dash yang rosak akibat…














