KEINGINAN untuk mencuba perkara baharu secara tidak langsung telah mendorong Suellina Sulaiman kepada aktiviti memanah berkuda atau horseback archery. Kini, aktiviti tersebut sudah menjadi sebahagian daripada rutin mingguan kerana Suellina akan berkunjung ke Stable Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Rawang, Selangor pada setiap hujung minggu. Kata wanita itu, kebiasaan tersebut sering dilakukan agar dapat mengembangkan kemahirannya dalam mengendalikan kuda sambil memanah, sekali gus menjadikan dirinya lebih yakin walaupun ketika haiwan berkenaan sedang bergerak laju. “Sebagai seseorang yang gemar mencabar diri sendiri,……














