fbpx
IVORY Coast mahu melangkah sejauh mungkin pada edisi kali ini selepas mereka gagal layak dalam dua kempen sebelum ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Ivory Coast mahu lepas ‘geram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHILADELPHIA – Ivory Coast berada dalam keadaan cukup bersemangat menjelang aksi sulung Piala Dunia 2026 menentang Ecuador yang dijadualkan berlangsung di Stadium Philadelphia pagi esok.

Walaupun terlepas dua edisi sebelum ini pada Piala Dunia 2018 dan 2022, namun skuad The Elephants memiliki nafsu cukup besar apabila menjadikan pentas final sebagai sasaran utama.

Jurulatih Ivory Coast, Emerse Fae menaruh sepenuh keyakinan terhadap barisan pemainnya untuk melakar kejutan pada edisi kali ini, lebih-lebih lagi mereka hadir sebagai salah satu kuasa besar bola sepak Afrika.

“Sasaran utama saya pada Piala Dunia kali ini adalah untuk mengemudi Ivory Coast melangkah sejauh yang mungkin. Kami datang ke Amerika Syarikat bukan untuk melancong kerana ini adalah tugas cukup besar.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaan bahawa Ivory Coast memiliki potensi untuk melakukan sesuatu yang menakjubkan. Tidak salah seandainya kami meletakkan sasaran mara ke perlawanan akhir,” katanya.

Sejak melakukan penampilan terakhir di Piala Dunia pada edisi 2014 di Brazil, Ivory Coast menunjukkan peningkatan cukup baik apabila berjaya memenangi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sebanyak dua kali.

Dalam pada itu, pasukan kali ini turut dibarisi pemain-pemain berbakat seperti Frank Kessie, Ousmane Diomande, Nicolas Pepe, Amad Diallo selain kehadiran Ange-Yoan Bonny dan Elye Wahi yang menukar kerakyatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN