fbpx
Lelaki yang direman empat hari di Mahkamah Majistret Tapah hari ini.

Lelaki direman empat hari kes fitnah tok batin ‘simpan’ Jaslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang lelaki berusia 30-an direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes fitnah melalui platform media sosial TikTok terhadap Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh di sini.

Perintah reman hingga 15 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Hidayu Zakaria di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek terdahulu tiba di mahkamah di kira-kira pukul 8.50 pagi tadi diiringi anggota polis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Media sebelum ini melaporkan lelaki yang tular di media sosial kerana didakwa memfitnah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd. Asmadi Abdullah berhubung penemuan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kediamannya di Ipoh pada pukul 1 petang.

“Setakat ini, kita telah menerima 11 laporan polis berhubung kandungan berunsur fitnah terhadap tok batin yang dimuat naik di media sosial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN