fbpx
TRUMP ketika majlis menandatangani rang undang-undang di White House, Washington. – AFP

Trump batal serang Iran, optimis perang tamat beberapa hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menarik balik ancaman untuk melancarkan serangan seterusnya ke atas Iran semalam kerana yakin perjanjian dengan Tehran untuk menamatkan perang mungkin  ditandatangani dalam masa beberapa hari lagi.

Pengumuman Trump mencetuskan momentum positif  pasaran saham dan harga minyak dunia, walaupun pendirian Iran masih tidak jelas, dengan jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baqaei berkata, Tehran ‘belum membuat keputusan muktamad mengenai perjanjian itu’.

Mendakwa bahawa perbincangan melibatkan ‘peringkat tertinggi kepimpinan Iran dan mendapat kelulusan Tehran’,  Trump berkata,  beliau membatalkan serangan dan pengeboman ke atas Iran  yang dijadualkan petang semalam’.

“Masa dan tempat penandatanganan akan diumumkan tidak lama lagi,” kata Trump.

Menurutnya, butiran lanjut tentang perjanjian itu telah diluluskan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Asia Barat  termasuk Israel.

Agensi berita Tasnim bagaimanapun melaporkan bahawa Trump telah mengumumkan perjanjian damai akan berlaku sebanyak 38 kali dalam tempoh dua bulan sebelum ini.

“Sehinggalah Iran mengumumkan perkara mengenai potensi persefahaman, sebarang berita daripada Trump mengenai perkara ini harus dianggap sama seperti kenyataan beliau sebelum ini,”  kata Tasnim.

 Trump bagaimanapun mengulangi pendiriannya dengan memberitahu wartawan ‘Saya faham jawapannya adalah ya’,  apabila ditanya sama ada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei telah meluluskan perjanjian itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN