fbpx
GAMBART 1 Jun lalu menunjukkan pengunjung beriadah di Pantau Suru, Bandar Abbas di Selat Hormuz. – AFP

‘Mana-mana kapal melalui Selat Hormuz akan diserang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Tentera Iran akan menyerang mana-mana kapal yang melalui Selat Hormuz, selepas Tehran membedil dua kapal yang cuba menyeberangi  laluan air strategik itu, ketika rundingan untuk menamatkan perang Asia Barat tergendala.

Amerika Syarikat (AS) melancarkan gelombang serangan baharu ke atas Iran semalam,  dengan Presiden Donald Trump berikrar untuk ‘menyerang mereka dengan keras’  selepas menuduh perunding Tehran ‘memperbodohkan kami’.

Markas pemerintah tentera Iran,  Khatam al-Anbiya berkata: “Sebarang trafik kapal melalui Selat Hormuz akan menjadi sasaran.”

“Selat Hormuz  kini ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kapal,”  tambahnya menurut agensi berita Tasnim.

Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran  pula dipetik stesen  televisyen IRIB dan agensi berita Mehr sebagai melaporkan, dua kapal yang cuba melalui Selat Hormuz secara haram telah diserang.

“Berikutan pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Amerika, Selat Hormuz akan ditutup sehingga notis lanjut,” katanya. 

Media Iran turut melaporkan letupan berlaku di seluruh selatan Iran dekat Selat Hormuz, kawasan sama di mana tentera AS telah mengebom pertahanan udara, radar dan tapak lain kelmarin. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN