fbpx
Muhyiddin Yassin.

Terima keputusan Pas, Bersatu kekal dalam PN – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan akan terus kekal dalam Perikatan Nasional (PN) meskipun Pas memutuskan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu menerima dengan dukacita keputusan Pas yang menamatkan hubungan politik yang dibina atas semangat serta persefahaman bersama.

Menurutnya, keputusan menghentikan kerjasama dan memutuskan hubungan dengan Bersatu dibuat atas kehendak Pas sendiri.

“Sebagai parti pengasas PN, Bersatu akan terus kekal dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, ahli parti dan rakan seperjuangan perlu memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan PN dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

“Saya yakin rakyat yang mendukung cita-cita Perikatan Nasional akan terus istiqamah bersama-sama kita,” ujarnya.

Terdahulu, Pas telah mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu, sekali gus membuka lembaran baharu dalam landskap politik pembangkang negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN