PENGGUNAAN batu bata eko sebagai bahan binaan menjadi alternatif mesra alam masyarakat Nepal dan dianggap lebih mampan serta tahan lasak berbanding material konvensional. Inisiatif itu dilaksanakan menerusi projek pembangunan komuniti yang memberi tumpuan kepada pembinaan rumah, sekolah dan kemudahan awam terutama di kawasan Gorkha dan Sindhupalchok. Bahan binaan itu berasaskan sumber tempatan dan teknologi hijau hasil campuran tanah, simen dan bahan kitar semula yang dipadatkan melalui proses mampatan bertekanan tinggi. Kaedah ini mengurangkan kebergantungan kepada batu bata tradisional yang memerlukan……














