fbpx
JPJ menyita sebuah Proton Saga serta menahan seorang lelaki dipercayai menawarkan perkhidmatan pengangkutan tidak berlesen di KLIA, semalam. IHSAN JPJ

‘Ulat’ KLIA kecundang, kereta disita JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan seorang lelaki yang dipercayai menawarkan perkhidmatan pengangkutan tidak berlesen kepada penumpang warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, tindakan itu dibuat hasil risikan anggota Stesen Penguatkuasa KLIA di Terminal 1.

“JPJ menyita sebuah Proton Saga dan menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati ‘ulat’ itu memujuk, merayu dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada seorang penumpang warganegara Bangladesh dari Terminal 1 KLIA ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dengan kadar tambang RM130 dan akan dibayar bila sampai ke destinasi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, tindakan diambil tindakan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Menurutnya, pihak yang bersubahat dalam aktiviti berkenaan juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) di bawah akta yang sama.

Dalam pada itu, Ahmad Kamarunzaman menasihatkan orang awam supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau pun membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

“Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN