fbpx
Azeva mengakui sedang mencuba sedaya supaya untuk untuk menjaga aurat sebagai seorang Muslimah. 

‘Hidayah perlahan-lahan, saya dah mula beli tudung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Akur dengan teguran bapa iaitu Ameng, peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Azeva mengakui sedang mencuba sedaya supaya untuk untuk menjaga aurat seorang Muslimah.

Menurut Azeva atau nama lengkapnya Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, dia kini sudah mula membeli tudung.

“Saya cuma nak cakap kat papa maaf kerana kecewakan papa. Saya sangat bersyukur papa tegur aurat saya. Saya pun sebenarnya tengah mencuba perlahan-lahan untuk menutup aurat.

“Kalau siapa kenal saya yang dulu, lagi seksi. Saya dapat hidayah perlahan-lahan. Saya harapkan doa daripada kalian.

“Saya pun dah mula beli tudung. Kadang-kadang saya akan pakai tudung dan jubah. Baju pun saya pakai lengan panjang,” katanya ketika ditemui pada konsert minggu kelapan TTMM2, di sini, semalam.

Tambahnya, dia mula terasa lebih rapat dengan Tuhan ketika ibunya iaitu Datuk A. Aida jatuh sakit sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat kesihatan.

“Saya rasa hidayah itu datang sejak mama masuk ICU. Saya jadi lebih rapat dengan Allah. Saya rasa Allah sentiasa ada dengan saya. Allah sembuhkan mama dan banyak beri rezeki untuk saya.

“Saya harap orang terus mendoakan yang terbaik untuk saya. Mama pun dah pakai tudung,” ujarnya.

Terdahulu, Ameng mendedahkan dia sudah berulang kali menegur Azeva tentang menutup aurat, namun semuanya bergantung atas kehendak anaknya sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN