fbpx
REMAJA yang memandu kereta Mercedes Benz ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Muar untuk mendapatkan sambungan perintah tahanan reman hari ini.

5 maut: Reman pemandu Mercedes-Benz disambung dua hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Tempoh reman empat hari terhadap suspek remaja yang memandu kereta secara melulu dan berbahaya hingga meragut nyawa empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang minggu lalu yang berakhir hari ini disambung dua hari lagi.

Perintah reman terhadap suspek berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah universiti di Singapura dibenarkan Majistret Mustaqim Sukarno dengan prosiding itu dijalankan di Mahkamah Majistret Muar. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, permohonan sambung reman terhadap suspek sehingga Rabu ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kemalangan itu.

Terdahulu, suspek berbaju coklat dan berseluar pendek tiba di Kompleks Mahkamah Muar pada pukul 8.50 pagi bagi mendapatkan perintah reman buat kali keempat.

Reman pertama dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibenarkan dua hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Selasa lalu, kemudiannya disambung sehari lagi di Mahkamah Majistret Kluang pada keesokan hari.

Bagaimanapun, sebaik tempoh reman berakhir, polis menahan semula suspek pada Khamis lalu dan direman empat hari di Mahkamah Sesyen Kluang untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, Bahrin berkata, siasatan mengikut Seksyen 42 (1) masih diteruskan berdasarkan video tular yang menunjukkan kenderaan dibawa dipandu laju dan melulu.

Tindakan suspek yang pemandu Mercedes Benz A250 manakala abangnya berusia 22 tahun memandu BMW 530e menyebabkan berlaku kemalangan membabitkan lima kenderaan hingga meragut nyawa empat sekeluarga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN