fbpx
Keadaan di lobi sebuah hotel di Persiaran Gurney, George Town, hari ini.

Wanita 61 tahun pandu Porsche terbabas masuk lobi hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila kereta Porsche 911 Carrera yang dia pandu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke ruang lobi sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi tadi, mangsa wanita berusia 61 tahun sebelum itu dikatakan tersilap tekan pedal minyak ketika berada di lokasi parkir berhampiran lobi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu pada pukul 12.05 tengah hari tadi memaklumkan yang dia gagal mengawal keretanya lalu terlanggar kawasan lobi hotel

“Hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu ingin pulang selepas melawat keluarganya dan telah tersilap tekan pedal minyak kereta lalu terlanggar lobi hotel tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini, sebentar tadi

Beritahu beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN