fbpx
Anwar ketika majlis Pelancaran Jentera PH di Batu Pahat, Johor semalam.

PH tegas tolak rasuah, pertahan keadilan untuk semua – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) menegaskan komitmennya untuk terus memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta memastikan prinsip keadilan ditegakkan tanpa mengira kedudukan seseorang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang lebih tiga tahun mentadbir negara, PH berpegang kepada prinsip yang jelas iaitu tidak membenarkan wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh diberi ruang untuk berakar dalam sistem pentadbiran negara kerana ia mampu merosakkan institusi serta menjejaskan kepercayaan rakyat.

“Pakatan Harapan berpegang pada satu prinsip yang jelas sepanjang lebih tiga tahun mentadbir, iaitu tidak boleh curi wang rakyat. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh diberi ruang untuk berakar dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, gabungan itu akan terus mempertahankan prinsip keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang atau status.

Beliau menegaskan negara tidak boleh mengamalkan dua standard undang-undang, iaitu satu untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk golongan kaya atau berpengaruh.

“Maruah tidak terletak pada retorik atau slogan, tetapi pada keberanian menegakkan kebenaran, memelihara amanah dan memastikan setiap rakyat mendapat layanan yang sama di sisi undang-undang,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik akan terus menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN