fbpx
ANGGOTA bomba menunjukkan penyu yang berjaya diselamatkan selepas ditemui tersangkut di dalam longkang berhampiran Motel Tanjung Kling, Melaka.

Bomba selamatkan penyu tersesat dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menyelamatkan seekor penyu yang dipercayai tersesat sebelum terperangkap di dalam longkang berhampiran sebuah motel di Tanjung Kling di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.33 pagi daripada orang awam.

Menurutnya, setibanya dilokasi, penyu terbabit berada dalam keadaan tersangkut di dalam longkang.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat sebelum berjaya mengeluarkan haiwan marin berkenaan dengan selamat. Penyu tersebut seterusnya dilepaskan semula ke habitat asalnya di laut,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN