GIGITAN pertama mempertemukan tekstur kerak piza yang rangup di bahagian luar dengan bahagian dalam doh yang gebu dan anjal. Rasa sos sukiyaki yang kaya dengan gabungan manis dan masin menyelaputi setiap lapisan, menghasilkan keseimbangan rasa yang memikat selera. Hirisan daging shabu-shabu yang empuk pula mudah dikunyah, membebaskan jus dan perisa yang berpadu sempurna dengan keju mozzarella yang berkrim serta meleret pada setiap suapan. Itulah pengalaman menikmati piza sukiyaki, menu artisan Neapolitan piza terbaharu yang menjadi taruhan Pociato Coffee & Pizza……














