fbpx
GAMBAR HIASAN.

Nak pinjam RM500,000 tapi rugi RM478,093

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Hasrat seorang lelaki untuk membuat pinjaman dengan seorang wanita yang menawarkan khidmat pinjaman wang membawa padah apabila mengalami kerugian selepas terjebak dengan skim tidak wujud itu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 37 tahun itu pada mulanya berhasrat membuat pinjaman sebanyak RM500,000 dan selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak, mangsa telah diminta membayar sejumlah wang untuk bayaran Credit Tip-Off Service (CTOS), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Duti Setem dan dokumentasi.

Katanya, bermula daripada 30 Jun 2025 hingga 16 Jun tahun ini, lelaki berkenaan telah melakukan 191 transaksi berjumlah RM478,093 ke dalam satu akaun bank selepas menerima arahan daripada wanita itu, namun masih tidak menerima pinjaman yang diperlukan.

“Mengesyaki dirinya tertipu dengan pakej pinjaman tersebut, lelaki berkenaan kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, semalam dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN