fbpx
NURAN BATRISYA mengaku salah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini ini atas pertuduhan mencampak bayinya dari tingkat 10 sebuah PPR di Taman Sutera Utama, 20 Mei lalu.

[VIDEO] Ibu muda mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh secara tidak sengaja anak perempuannya yang baru dilahirkan dengan cara mencampak bayi berkenaan dari tingkat 10 sebuah flat, bulan lalu.

Tertuduh, Nuran Batrisya Jamaludin, 22, kelihatan tenang sambil mengangguk faham ketika membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita yang masih bujang itu didakwa melakukan kesalahan menyebabkan kematian bayi perempuan dengan niat kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan parkir kereta sebuah blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Sutera Utama, di sini, antara pukul 11 pagi hingga 2.30 petang, 20 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nevina tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes tersebut tidak dibenarkan jaminan selain memohon mahkamah agar memberi masa untuk fakta kes serta hukuman.

Dalam rayuannya, Nuran Batrisya memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya dengan alasan mahu menjaga seorang lagi anak yang baru dilahirkan yang juga kembar kepada mangsa.

“Saya memohon mahkamah membenarkan jaminan kepada saya sebab saya nak jaga anak saya seorang lagi,”katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan selain pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan sekali sebulan.

Mohd Zamir turut melarang tertuduh menganggu saksi-saksi pendakwaan serta menetapkan 3 Julai depan sebagai tarikh menetapkan hukuman dan fakta kes.

Terdahulu, Kosmo! 22 Mei lalu melaporkan polis menjalankan siasatan dakwaan kejadian tular melibatkan seorang bayi perempuan meninggal dunia dipercayai akibat dicampak dari tingkat 10 sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di sini.

Susulan itu, ibu kandung kepada bayi berkenaan ditahan pada pukul 12 tengah semalam di pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN