PETALING JAYA – Tindakan murni seorang penunggang motosikal yang menjadi ‘escort’ atau pengiring bagi membantu sebuah ambulans melalui kesesakan jalan raya mendapat pujian daripada pengguna di media sosial.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh pengguna Ekin_zaid, kejadian itu dipercayai berlaku di sepanjang Jalan Gambang sehingga ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Pemuda berkenaan dilihat menunggang motosikal di hadapan ambulans sambil memberi isyarat tangan meminta kenderaan lain ke tepi bagi mengosongkan laluan di tengah-tengah kesesakan lalu lintas.
“Terima kasih untuk adik motor ni sebab bantu kosongkan jalan untuk ambulans kami lalu sepanjang Jalan Gambang sampai ke depan hospital. Awak hebat dik…tak semua orang mampu jadi macam awak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berasa kagum terhadap keprihatinan yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut.
“Kalau 10 orang lagi anak muda macam ni ada kat Malaysia, mesti maju negara kita,” kata Noiruanghidup.
“Tak semua orang berani untuk buat macam ni, takut disalah anggap. Nasib baik pemandu yang lain bagi kerjasama,” ujar Shuejalail.
“Terbaik adik ni, sangat prihatin terhadap orang lain. Pemandu lain kalau dengar bunyi siren ambulans tolong ambil tindakan sewajarnya sebab kita bantu permudahkan urusan orang lain,” tambah Dayangdahlia156. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














