fbpx
KEADAAN mangsa lemas ketika ditemukan pasukan penyelamat pada kedalaman lima meter dan radius satu meter dari lokasi terakhir dia dilihat. - Foto IHSAN JBPM

Riadah keluarga bertukar tragedi, lelaki lemas di Empangan Batang Ai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kegembiraan sebuah keluarga beriadah bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemukan lemas kawasan Empangan Batang Ai, Lubok Antu, Sarawak, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Rudie Anak Lan, 31, disahkan meninggal dunia selepas ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 9.41 malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian dilaporkan sekitar pukul 6.05 petang ketika mangsa sedang beriadah bersama keluarganya.

“Maklumat dari pengadu, ketika mangsa terjun untuk mandi, mangsa terus tidak timbul lagi di permukaan. Selepas pencarian awal dilakukan oleh pihak keluarga gagal, pengadu menghubungi bomba dan agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tersebut disertai seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bersama anggota oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Menurutnya, selaman pertama dilakukan pada pukul 8.25 malam namun mangsa masih gagal ditemui.

“Operasi diteruskan dengan selaman kedua sebelum mangsa berjaya ditemukan pada pukul 9.41 malam pada kedalaman lima meter dan radius satu meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN