fbpx
Sebanyak 100 bungkus air ketum yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Gual Periok, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN PGA

Tinggal di rumah mentua, tapi sewa rumah buat proses ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah yang disewanya sejak lebih setahun lalu di Gual Periok di sini semalam.

Serbuan dijalankan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 11.30 malam itu turut merampas sebanyak 100 bungkus air ketum dengan setiap bungkusan diisi sebanyak satu liter air tersebut dan barangan memproses ketum bernilai RM5,430.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu terlibat dalam kegiatan memproses air ketum di rumah tersebut sejak awal tahun lalu.

Katanya, suspek memaklumkan bekalan daun ketum dibeli daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Man.

“Daun-daun ketum itu kebiasaannya akan direbus menggunakan dua periuk besar yang boleh menghasilkan sebanyak 200 bungkus air. Suspek tinggal di rumah mentuanya di Kampung Repek di sini dan menyewa rumah tersebut semata-mata untuk menjalankan kegiatan memproses air ketum,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesemua air ketum yang diproses disimpan di dalam peti sejuk beku di rumah itu sebelum ia dijual pada harga RM10 sebungkus.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN