fbpx
Tangkap layar video tular seorang wanita menggunakan e-skuter di laluan jambatan di Sentul, Kuala Lumpur.

[VIDEO] ‘Susahkan orang lain yang seorang ni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita didakwa menggunakan e-skuter di atas laluan jambatan di Sentul, Kuala Lumpur sekali gus mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi hantaran video dimuat naik pengguna Thread Alfred Lim, memperlihatkan wanita tersebut mengguna e-skuter di sebelah kiri jalan tanpa topi keledar.

“Hello aunty, this one cannot go up the bridge highway (mak cik, yang ini tak boleh naik atas jambatan lebuh raya),” menurut Alfred menerusi kapsyen.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang mengecam tindakan wanita tersebut, malah ada mendakwa kemungkinan dia bukan rakyat Malaysia.

“Susahkan orang lain yang seorang ni,” komen pengguna Thread Radioxie.

“Biasa pengawal keselamatan guna ni untuk bergerak dalam taman kecil. Ini bukan motosikal lah,” komen Byjastina.

“Polis patut rampas e-skuter yang dipandu seperti kenderaan berdaftar dan berlesen,” komen El Gallo343.

“Belum lagi yang jumpa salah laluan lepas tu laju dari Sentul Link tu,” komen Anak Pak Ahmad. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN