fbpx
PASANGAN negara, Tang Jie-Ee Wei tampil dengan kualiti tersendiri untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Singapura.- MUHAMAD IQBAL ROSLI

Tang Jie-Ee Wei cemerlang tempah slot suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan untuk layak ke suku akhir Terbuka Singapura selepas menyingkiran pasangan Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong, sebentar tadi.

Walaupun lawan berjaya memberikan tentangan, pasangan negara nyata berada di kelas tersendiri untuk mengesahkan kemenangan 22-20, 21-14.

“Kami fokus bagaimana mahu mendapatkan mata daripada mereka kerana sebelum ini kami tewas kepada pasangan sama di BAC (Kejohanan Badminton Asia).

“Selepas perlawanan semalam, kami terus berbincang mengenai strategi yang mahu digunakan kerana pertahanan mereka sangat kukuh. Jadi kami cuba cipta lebih banyak situasi menyerang,” kata Tang Jie.

Terdahulu, pasangan Korea Selatan menyerlahkan kebangkitan di pertengahan set pertama hingga kedudukan terikat 20-20 sebelum Tang Jie-Ee Wei tenang mengesahkan kemenangan.

Kejayaan di set pertama nyata menghasilkan ‘tenaga tambahan’ buat Tang Jie-Ee Wei yang mengesahkan kemaraan selepas menang 21-14 di set kedua.

Pada aksi suku akhir esok, Tang Jie-Ee Wei akan bertemu gandingan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto yang menang ke atas pasangan Jepun, Watanabe Yuta-Taguchi Maya, 8-21, 21-17, 21-16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN